Sunday, December 31, 2017

Morning 2018

Hai assalamualaikum korang.

***menulis sambil dengar Here by Aleesia Cara ulang-ulang

Seminggu sebelum akhir tahun, aku ada niat acacah konon nak buat entry terakhir untuk tahun 2017. Nak compile moment sepanjang tahun. Tapi disebabkan aku adalah seorang Ed yang bagus dan baik selain comel dan manja, maka segala plan dan apa yang aku nak tulis sekadar angin lalu di ufuk timur. Dengan kata lain, aku malas. End up aku bukak tab dan main game sambil baring atas katil. Dah puas main game, aku bukak pulak watpad sampai ke sudah tak bukak blog (dan buku sebab aku dalam bulan final exam).

Sebagai ganti, aku buat entry untuk menyambut tahun 2018 sempena 2017 telah selamat melabuhkan tirai beberapa jam lepas dan aku telah selamat melalui segala onak duri dan lautan berapi yang aku hadap pada tahun lepas (eww baru satu hari semalam dah cakap tahun lepas bebudak sangat Ed ni puih)

Baiklah; 1/365 (plislah Ed, jijiklah buat gaya gini *sambil maki Ed)

Secara keseluruhan, aku boleh cakap yang tahun 2017 aku sedikit hambar berbanding tahun 2016 aku. Tapi, 2017 aku masih ada something great yang aku belajar, aku ingat dan aku simpan kemas-kemas dalam hati. Kemon, takkanlah aku nak cakap yang 2017 aku shit namati dan loser giler ye dak?

Padahal kau baru je tulis kat wattpad 2017 the most terrible year yet the year you gain a lot huh?

Over all, aku masih lagi boleh senyum dan gelak ketawa gumbira dengan apa yang aku hadap. Dari segi hal hidup aku, aku masih lagi rasa better aku lone ranger. Dari segi sosial dalam kelas, masih tak banyak berubah. Apa yang aku harapkan masih tak jadi. Dari segi life aku kat luar, pun masih sama…

So, apa yang bestnya life 2017 kau Ed? Hambar gila. Mati jelah bagus sana..

Kah! Kan ke aku cakap 2017 aku hambar? Sebab tulah kot aku takde mood nak tulis konon 365/365 untuk 2017 lol!

Serious talk, 2017 aku masih sama. Tak banyak berubah. Hilang bestfriend tempat kau nak mencari kekuatan bila kau down dengan esaiment yang sengaja dihantar lewat. Rasa kecewa dengan sesuatu perkara yang dah sedia terang dan kau sangat mengharap hujan turun supaya kau boleh gembira dengan bau hujan dari dalam bilik ditemani lagu sendu.

2017- kesalahan terbesar ialah bila aku terlalu expose sapa diri aku kat wattpad. Juga kat blog. Sikit. Salah sendiri. Aku punya down tu tahap neraka ke-dua jugak. Ahh, setan! Aku malas nak ingat. Koyak aku tak habis lagi ni.

Shit! Awal pulak aku kalah. Nahhh; simple, everybody has their fight kan? Nak risau apa? Kau manusia. Bukan almari. Bukan kuali. Normal ada masalah. Jenis manusia yang rasa dia takde masalah ialah dia sendiri yang mendatangkan masalah kepada orang keliling dia. Tak gitu?

Tapi takpe. Past is past. Nak bising, nak rasa sedih atas ketidakpuasan hati untuk sesuatu perkara yang dah berlalu itu adalah salah satu perkara tersia-sia lepas bukak buku untuk paper yang dah terjadi satu jam lepas. Kan ke sia-sia namanya?

Next… untuk tahun 2018, aku masih usaha nak terapkan “I always have myself, I help myself, and I did it all because of myself. Not anyone, even him” aku try hard kot nak usaha sampai tahap gini walaupun masih tercungap-cungap tahan nafas dalam lautan cinta dia babi pebenda sial aku merepek pepagi hari neheremmmm!

Aku target tahun ni life aku akan better than last year. Aku nak life aku simple, tenang dan nyaman even pakai kipas dan bukan aircond. Dua tahun sekelas dengan diaorang, aku tahu siap-siap perangai sapa yang sampah, perangai toxic, tikam belakang, yang talam, yang buat keje copy paste dari esaimen member lain, yang buat kerja group tangguh-tangguh serupa celaka membebankan member lain, yang suruh pakwe buatkan esaimen dan yang begitu begini. So, aku nak elakkan orang begini. Tapi end up bila aku fikir-fikir balik, sampai bila aku boleh lari? Member dalam kelas tu 60+ je kot. Pusing-pusing macam tu jugak. Lagipun sebenarnya tak seronok kalau kau tak layan perangai-perangai musibat sekor-sekor haha walaupun bila kau dalam situasi tu kau baran gila.

9.16 pagi (01/01/2018)

Aku dah niat banyak benda untuk satu tahun ni, nak buat comeback untuk buku aku yang dah 2 3 bulan aku tinggalkan kat wattpad, konon nak kembali ke pangkal jalan lepas final. Kita tengok Ed, kita tunggu. Aku nak bertanggungjawab dengan apa yang aku tulis kat sana. Nak habiskan apa yang aku mula. Insya allah.

Aku nekad nak move on dengan perasaan aku. Sampai bila aku nak bawak perasaan macam ni ye dak? Buat beban diri sendiri. Buat sakit kepala. Buat perasaan aku cair dengan bayang dia. Tu belum lagi dia senyum shitlah aku terbayang dia wehhh aku dah niat nak move on ptfff stop-stoppppppp!

Sambung-

Aku tak mintak banyak, aku just nak tahun 2018 lebih baik dari tahun lepas, takde fake friends, aku sentiasa rajin, aku sentiasa cantik, aku sentiasa comel dan pandai tanpa belajar. Aku harap tahun ni juga aku tak malas nak buat keje sekolah, aku nak kurangkan tidur, kurangkan main game, nak gemuk, happy walaupun roommate dan member tak layan lawak hambar aku, be kind, kurangkan rude, ego dan keras kepala ehh apesal macam banyak pulak tetiba ni?

To my mutuals, aku bersyukur aku dapat kenal korang. Aku takde kawan yang minat something secara serius bersama aku tapi bila korang boleh support apa yang aku minat, dengar cerita aku dan ingat pasal makan pakai aku padahal kita takdelah rapat sampai kene hesteg BFF kat ig tapi aku tahu kalau aku nak mintak tolong, korang ada untuk aku. You know who you are love meh sini aku nak muah ciked. Semoga aku tak lupa dengan jasa korang kat aku. Semoga rezeki korang melimpah ruah. Semoga aku jadi baik macam korang.

Untuk yang masih meneruskan perjuangan, goodluck. Tak kisah perjuangan dalam pelajaran, perjuangan dengan game, perjuangan menulis, perjuangan melukis, perjuangan nak buat bisnes, mahupun perjuangan mengejar cinta.

Untuk kawan-kawan seperjuangan aku, goodluck! Aku benci macam mana pun kat korang, tapi aku masih sayang. Aku masih nak nampak kita semua gred dan ambik scroll sama-sama. Aku masih nak kita jumpa lagi 3 4 tahun dengan bawak kereta besar masing-masing. Nak jugak belasah anak-anak korang bila kita reunion dia cari pasal dengan aku. Nak jugak aku jodohkan anak aku dengan anak crush aku. Tak dapat bapak, dapat jadi besan aku pun jadilah WEHH ED STOPLAH GILEEEERR..!!>?$^#8=[?”{}$^ STOPPPP!!!! hhagahaghaga

Goodbye 2017. Terima kasih atas segala moment yang kau bagi, yang kau ajar dan kau uji pada aku. Ada something yang aku simpan, aku akan simpan. Tapi mostly aku harap kau bawaklah segala memori sakit tu sama. Aku malas nak simpan. Memory full nanti aku kene keluar duit pulak beli memori besar lagi. Aku bet 2018 dia lagi bagus dari kau lol.

Happy New Year readers; whoever you are, always spread love ;)

p/s: FIFA world cup 2018, aku sokong Germany. Sebab 2014 dia menang. Tapi kalau kalah, tengolah final nanti. Memana team yang pakai baju merah aku sokong ecehh typical pompuan sangat!

Untuk Piala Sumbangsih 2018 yang game dia 03hb nanti antara Joho dengan Kedah, aku pilih Kedah. Joho dah power sangat. Malas nak sokong. Nanti dia riak.

Saturday, December 23, 2017

Sebelum tidur

Hai assalamualaikum semua 😊

Dah seminggu aku balik Joho. Dalam masa seminggu, aku tak tahulah mana silap aku sama ada aku salah makan ke atau hormon badan ke aku tak tahu tapi dah naik 7 biji dah ketul-ketul merah kat muka. Dia macam biji nanah. Starting tu rasa macam jerawat tapi lepas 3 4 jam aku belek balik dia macam bernanah tau.

Aku tak rasa aku salah pakai produk cuci muka sebab aku dah lama giler dah pakai brand tu tapi dia baru naik sejak aku balik cuti ni hah. Nak cakap aku stress study sebab nak final exam pun tak jugak. Aku elok je membuta dari tengahari sampai maghrib (tipu). Nak cakap salah makan pun tak jugak sebab selama ni aku takde problem dengan makanan. Aku je mengada taknak makan itu taknak makan ini.

Pagi ni je, aku belek muka aku dia nak tumbuh lagi 2 biji kat bawah dagu. Giler. Serius giler. Aku cakap dengan mak aku ni mungkin ada jin yang berkenen dengan aku pastu dia cium aku. Tu pasal muka aku naik bengkak bengkak ni.

"jangan risau. Kau bukan cantik mana pun. Jin tu pikir 2 3 kali nak cium kau. Ingat dia takde teste ke?" - Puan Emak.

Savage!

Dengan hati yang sedih dan perit, aku pun masuklah dalam bilik untuk sambung tidur. Masa aku scrool facebook konon nak ambik mood tidur, aku terbaca satu link ni yang tulis cara nak buang bekas-bekas jerawat dengan menggunakan beberapa bahan semulajadi yang sememangnya ada kat dapur (kalau dapur berasaplah). Ni adalah langkah selamat. Selamat yang macam mana? Ye, ni adalah tanda-tanda muka nak broken ni. Jalan terbaik ialah kau stop segala khazanah cuci muka kau yang kau pakai tak kisah cuci muka ke krim siang malam ke dan kau cari ikhtiar lain untuk support muka kau. Untuk ganti cuci muka yang klinikal ni, gunakanlah bahan-bahan selamat. Bahan semulajadi. Biar lambat baik, asal selamat luar dalam. Gittchueww!

Aku yang merupakan wanita kiut ni pun ikutlah petua ni dengan harapan hilang segala tanda-tanda atau noda-noda gelap kat muka. Padahal ada lagi ni nak tumbuh. Takpe. Aku padam dulu sisa-sisa yang dah habis tumbuh tu.

So, antara bahan-bahan yang diperlukan ialah;

Kunyit hidup,
Beras yang telah direndam,
Limau nipis, dan
Putih telur.

Kau gaul bagi rata, bagi hancur dan sebati, pastu kau sapu seluruh rambut. Nampak? Salah, dah aku cakap muka aku problemkan ehh tetiba masuk bab rambut ni kenapa? Celetkan sahaja ke seluruh muka. Mana datangnya rambut?

Dah kering, pegi basuh dengan air suam. Kenapa air suam? Sebab nak kekalkan kelembapan kulit. Air suam jugak bantu liang roma kulit terbukak. Maksudnya, kulit kau bernafas. Kalau pakai air sejuk, kulit kau kecut. Contoh macam kat hujung jari kalau kau lepas mandi hujan. Kan kecut. Gitulah.

Aku nak share gambar aku tapi takut korang tak boleh tidur pulak. Jadi, aku cancel. Hagjagahaggahaha...

Nota tambahan, untuk muka yang sememangnya ada jerawat hidup, masker ni buat korang pedih. Tapi takdelah sampai sakit. lagipun kejap je. Tahan k.

Nota kaki, banyakkan minum air putih. Selain bagi badan kau cergas, otak cerdas, air putih ni bantu kulit lembap dan melambatkan pertumbuhan "setan-setan" kat muka.

ps: esok aiiol dah nak balik Semban dah. Balik Semban maksudnya balik dan hadap final exam. Aiiol tak ready sebenarnya. Dup dap dup dap rasa hati. Nebes macam nak kahwin ehh ehh..